Tuesday 18 June 2013

REFLEKSOLOGI KAKI




Refleksologi bermaksud terapi pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf, ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India.
Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana  ianya  murah, efektif, selamat, murah, tidak perlu makan ubat tahan sakit dan tiada suntikan atau tusukan kedalam badan.
Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya,  toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.
Teknik urutan kaki haruslah dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali maka kaki yang lenguh akan berasa lebih ringan.
Ia merupakan kaedah penyembuhan yang berkesan. Melaluinya, ia bukan sahaja dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri, tetapi turut melancarkan perjalanan darah, menghilangkan lenguh serta melegakan tekanan.
Selain itu, bagi sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing. Bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.
Kesan-kesan yang dialami oleh tiap-tiap individu berbeza dan ia memberi kesan positif kepada proses penyembuhan dengan izin Allah S.W.T.


Antara kebaikkan reflaksologi adalah:
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggul
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelak risiko sembelit
  • Mengurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
  • Buang angin dalam badan
  • Membantu dan menambahkan aktiviti buang air besar dan kecil.
  • Mengurangkan imsonia- sukar tidur
  • Migrain.
  • Kaki kebas dan lenguh
  • Tekanan atau stress
  •  Meredakan sakit pinggang, sakit belakang dan kepenatan bekerja.
  • Simptom loya/sakit kepala, selsema
  • Membuang toksin
  •  Lebih bertenaga
  • Meningkatkan kesuburan dsbnya.

Dalam kata lain reflaksologi dapat mengubati penyakit (dengan izin Allah)



untuk temujanji sila hubungi 012-9855926, 013-4060158 tabib mie
012-3803061 tabibah na

No comments:

Post a Comment