Saturday 17 May 2014

APABILA BUAH PINGGANG GAGAL BERFUNGSI, DAPATKAN RAWATAN BEKAM


Sebelum kita mulakan isu kegagalan buah pinggang, kita kenali dulu buah pinggang, dan fungsinya.
buah pinggang adalah organ berbentuk kacang merah, setiap orang mempunyai dua buah pingang dan berat setiap satu kira-kira 150gram.

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan'.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis).

 Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yangtidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Lima tugas utama buah pinggang:
  • ·        Membuang cecair berlebihan dari badan
  • ·        Menuras darah (mengambil balik khasiat yang diperlukan dan membuang bahan tidak berguna)
  • ·        Mengawal tekanan darah
  • ·        Kiraan sel darah merah dan jumlah mineral dalam badan
  • ·        Mengekalkan tulang yang sihat


punca kegagalan buah pinggang:

Banyak perkara yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi).Selain itu, penyakit darah yang merosakkan bahagian penuras buah pinggang dipanggil Glomerulonefritis, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), kehadiran batu karang dan jangkitan salur kencing juga boleh menyebabkan kegagalan ginjal.

Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:



  • Rasa tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.
  • Air kencing bercampur darah.
  • Berlaku perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.
  • Sakit belakang.
  • Kerap buang air kecil pada tengah malam.
  • Kaki membengkak, khususnya di pergelangan kaki.
  • Sekelip mata menjadi sembap dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.
antara kaedah rawatan yang sesuai untuk pesakit buah pinggang adalah RAWATAN BEKAM. selain titik buah pinggang dibekam, kaki yang sembap akan dibekam.

sila perhatikan gambar dibawah, dapat dilihat,air turut keluar dari kulit ketika diBEKAM..





inshaa Allah dengan berbekam, dapt membantu meringankan beban buah pinggang dan rawatan berterusan diperlukan untuk kembali sihat.

SEBAGAI NASIHAT DARIPADA KAMI, JAGALAH PEMAKANAN UNTUK MEMASTIKAN BUAHPINGGANG DAPAT BERFUNGSI DENGAN BAIK..

untuk makluman pembaca, menurut pesakit ini, setelah dibekam, kakinya terasa lebih ringan malah badannya sudah mula berpeluh  setelah sekian lama tidak berpeluh... alhamdulillah..