Saturday 23 July 2016

RAWATAN BEKAM KE SEKOLAH

  BEKAM JANNAH KELANTAN juga turut mengadakan RAWATAN BEKAM KE SEKOLAH atas jemputan para guru.

setakat hari ini,antara sekolah yang kami hadir atas jemputan guru adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buluh, Kota Bharu. Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, Besut, Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Sri Wangi Gua Musang, Kelantan.

bagi pihak sekolah yang ingin menjemput kami ke sekolah masing-masing, sila hubungi 09-7190523, 014-8303399 dan 012-3803061 untuk buat temujanji.

kami sedia berkhidmat untuk semua.




Tuesday 19 July 2016

Senyum juga penawar

Ramai yang tanya, saya perlu makan apa lagi untuk sihat. itu saya dah makan, ini saya dah makan. macam - macam perubatan saya dah cuba..  
tanpa kita sedar senyum boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit. ini kerana  mengikut kajian orang yang senyum selama 10 saat, badannya akan merembeskan 3 jenis hormon iaitu 

endorphins yang berfungsi menjadikan seseorang itu lebih ceria, 

enkephylin akan meningkatkan imuniti dan 

dynophin menjadikan seseorang itu bertenaga dan bersemangat.


kita juga sudah pun tahu bahawa senyum itu sedekah, maka sedekah juga boleh menjadi penawar dengan izin Allah.
selain daripada sedekah harta, senyum adalah sedekah yang paling mudah. 
maka senyumlah.

senyum = sedekah
sedekah --> penawar 
senyum --> penawar.

sedih kena senyum.. marah pun kena senyum.. inshaa Allah, hati kita makin tenang dan kesembuhan akan datang.. aminn..

dengan bekam ada kesembuhan
dengan senyum ada penawar.
admin: bekam jannah kelantan.


 

Monday 11 July 2016

BEKAM UNTUK MASALAH RABUN DEKAT DAN RABUN JAUH





serabut dengan cermin mata. kadang terlupa letak mana. terraba - raba mencari.
kanta lekap pula, kadang malas nak buka. tertido dengan kanta lekap,menyebabkan mata merah dan keradangan.
masa kecik-kecik seronok nak pakai cermin mata, kononnya nampak "sivik". hakikatnya, cermin mata menganggu tugas.
kalau bercermin mata, untuk kerja polis, tentera, bomba, JPAM memang tak lulus.
ada yang bercermin mata untuk masalah rabun jauh, dan ada yang rabun dekat. dan ada juga rabun dekat, jauh dan rabun silau.
 bercermin mata dalam tempoh yang agak lama memberi tekanan kepada mata, menyebabkan mata terlalu letih dan boleh membawa kepada sakit kepala.

jom kita kenali punca rabun.

Miopia atau pun Rabun Jauh terjadi jika mata hanya dapat melihat jelas benda-benda yang dekat. Keadaan di mana cahaya dari objek difokuskan di hadapan retina kerana bebola mata panjang.
Oleh itu objek jauh kelihatan kabur sedangkan objek dekat kelihatan jelas.




 Hiperopia (Hipermetropi) atau pun Rabun Dekat hanya dapat melihat jelas objek yang jauh. Keadaan di mana cahaya dari objek difokuskan di belakang retina kerana bebola mata yang pendek.
Oleh itu objek dekat kelihatan kabur sedangkan objek jauh kelihatan jelas.

untuk mengubati masalah rabun serta mengurangkan tekanan pada mata.

kami syorkan anda berbekam pada titik titik mata.
inshaa Allah, berkesan.
anda bekam, anda rasa kesembuhannya
"sesungguhnya dengan berbekam terdapat kesembuhan"
hubungi kami sekarang
09-7190523, 014-8033399 tabib fahmy
012-3803061 tabibah na.
rawatan untuk lelaki dan wanita.