Sunday 7 December 2014

RAWATAN BEKAM KE RUMAH KELANTAN


                                          
                                       BEKAM BERGERAK SELURUH KELANTAN

Kami membuat rawatan BEKAM BERGERAK dari rumah ke rumah untuk keselesaan pesakit.
kami membuat rawatan ini di sekitar negeri kelantan terutamanya di daerah kota bharu, tumpat , pasir mas

Manakala bagi kawasan tanah merah, machang, kuala krai, pasir putih, labok, kok lanas jeli ,gua musang dan sekitarnya, kami akan cuba bantu untuk dapatkan perawat terdekat untuk kawasan tuan/puan.

PAKEJ BEKAM KE RUMAH

BEKAM SELURUH BADAN RM100.00

BEKAM SELURUH BADAN + BEKAM WAJAH RM130.00

PERCUMA: URUT ASAS BEKAM dan BEKAM ANGIN

KOS PERJALANAN BERGANTUNG KEPADA LOKASI RUMAH TUAN/PUAN. (PERCUMA UNTUK RADIUS 10KM DARI PUSAT RAWATAN)

 
hubungi pusat rawatan BEKAM kami:


09-719 0523 pejabat
014- 830 3399 (tabib Fahmy)
012-380 3061 (tabibah na) 

 

INGIN BERBEKAM DENGAN KOS YANG LEBIH MURAH. SERENDAH RM5/CUP JEMPUT DATANG KE PUSAT RAWATAN KAMI

Saturday 29 November 2014

KURSUS RAWATAN BEKAM KELANTAN RM500.00

kami menyediakan KURSUS RAWATAN BEKAM KELANTAN
jadual kursus rawatan: 2 hari berturut-turut (bergantung kpd masa tuan/puan)
mula pukul 9.30 pagi - 5.30 petang.

pengisian masa 2 hari
hari pertama: pembelajaran teori rawatan bekam, pengenalan peralatan bekam, asas rawatan bekam, demostrasi rawatan, pengsterilan.
hari kedua: praktikal sepenuhnya kaedah rawatan bekam kering dan basah menggunakan jarum dan pisau.

peralatan yang disediakan:
1) alat BEKAM 2 kotak 12x2 pcs
2) gloves
3)lancet device
4) jarum lancet
5) face mask
6) minyak zaitun
7) spirit/ alcohol swab
8)pisau cukur
9) pencukur
10) kapas

pemantapan ilmu yang akan diberikan secara asas dalam kursus rawatan :
 1) asas urut badan
2) diagnosis penyakit
3) BEKAM menggunakan api dan cawan kaca
4) fire theraphy


KURSUS RAWATAN BEKAM anjuran kementerian kemajuan luar bandar danwilayah dengan usahasama al jannah pusat rawatan dan spa.

 

 

 

praktikal urut badan.

 




hubungi pusat rawatan BEKAM kami:
09-7190523 pejabat
013-4060158 (tabib mie)
012-3803061 (tabibah na)

Wednesday 8 October 2014

URUT BADAN untuk LELAKI dan PEREMPUAN KELANTAN


Sejarah Urut

TIADA siapa yang tahu asal usul urut kerana terlalu panjang untuk dijejaki. Ukiran pada kubur Mesir purba menunjukkan amalan ini diamalkan secara meluas dalam masyarakat itu.

Perkataan urut atau massage dalam bahasa Inggeris kemungkinan besar diambil dari perkataan Portugis, amasser yang bermaksud, menguli atau meramas, yang digunakan oleh penjajah Perancis di India pada abad ke-18.

Perkataan ini juga mungkin diambil dari bahasa Arab, massa, yang bermaksud menyentuh.

Kehebatan urut dapat dilihat apabila buku perubatan tradisional Cina bertarikh 2,700 tahun Sebelum Masihi menyarankan latihan pernafasan, urutan pada badan serta senaman pada tangan dan kaki sebagai cara merawat lumpuh, kesejukan dan demam.

Di kalangan ahli perubatan Greek dan Roman, urut adalah antara kaedah utama untuk melegakan kesakitan. Maharaja agung Roman, Julius Caesar, dikatakan diurut setiap hari untuk merawat sakit sarafnya.

Di Barat, Pech Henrik Ling (1776-1839) dari Sweden, dianggap sebagai bapa urut moden kerana beliau memodenkan teknik urut berdasarkan fisiologi.

Falsafahnya, tubuh bukan seperti mesin tetapi adalah sesuatu yang hidup dan melambangkan perasaan manusia, memberi kesan besar terhadap teknik urut Barat hingga tekniknya yang dikenali urut Swedish kemudian terkenal di seluruh dunia.

Pada 1895, Persatuan Juru Urut Terlatih ditubuhkan di Britain untuk meningkatkan kualiti bidang ini. Malah pada 1899, St George Hospital di London mempunyai jabatan urut.

Di Asia, urut di India bukan hanya untuk tujuan perubatan. Ukiran erotik di Khajuraho dan Kamasutra menunjukkan teknik urut tertentu boleh mengubah perasaan manusia dengan memberi rangsangan dan ketenangan.

Di China, pelajar bidang perubatan mempelajari dan menduduki peperiksaan dalam bidang urut dan akupuntur serta menduduki peperiksaan yang bertujuan memahirkan mereka untuk merawat pesakit. Peringkat pertama kelayakan, hsiu ts’ai menyemai ijazah pertama pada zaman sekarang.


ANTARA KELEBIHAN URUT BADAN KELANTAN IALAH:


-mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan
-melancarkan perjalanan darah/Membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat
- membantu ibu mengandung bersalin dengan lebih mudah
- mengurangkan pergantungan pada ubat-ubatan
- meningkatkan imunisasi dengan merangsang sistem pertahanan semulajadi.
- mempersiapkan dan pulih dari latihan yang berat
- memperbaik kulit selaku organ terbesar kita
- meningkatkan fleksibiliti sendi
- mengurangkan kemurungan dan kegelisahan
- meningkatkan baik pulih tisu dan mengurangkan stretch mark serta parut
- memperbaik peredaran darah dan pengempaman oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot
- mengurangkan bengkak dan kram
- merehatkan dan menghilangkan keletihan
- membebaskan endorphins iaitu asid amino yang bekerja sebagai penghilang sakit semulajadi
- mengurangkan migraine
-memecahkan toksin atau racun dalam badan
-mengeratkan lagi kasih sayang (bsgi suami isteri/ ibubapa dan anak)


Penyelidikan berterusan menunjukkan manfaat besar dari sentuhan untuk penyakit-penyakit kronik, gangguan saraf, luka dan juga untuk mengurankan ketegangan gaya hidup moden. 


pakej untuk urut badan RM40.00 utk satu sesi (+-1jam 30 mnt)

Monday 25 August 2014

BEKAM masalah ANGIN dalam badan

ANGIN SATU BADAN???

SAKIT/ PENING KEPALA??

LOYA DAN MUNTAH????

SENDAWA MENGANGGU??

SUSAH KENTUT DAN SENDAWA??

LENGUH DAN SELURUH BADAN??

 KEMBUNG PERUT???

GASTRIK???

antara masalah angin disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar terhadap makanan yang tidak dihadam. Gas yang dihasilkan biasanya karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya gas methana.

bagi mereka yang mempunyai masalah ANGIN dinasihatkan

1. elakkan makan sambil minum air

2. kunyah makanan sehingga betul-betul hadam

3. elakkan penyaman udara/ kipas  menghala ke arah badan secara terus

4. elakkan mandi pada waktu malam iaitu selepas jam 10 malam.

5. mulakan mandi pada bhagian kaki

6. tidur berselimut/ berstokin

7. fahami sistem penghadaman anda (jika KANGKUNG punca masalah angin, elakkan minum KANGKUNG)

8. elakkan minuman berkarbonat dan berkafien


susulan nasihat diatas, anda digalkkan untuk BERBEKAM UNTUK MENYINGKIRKAN ANGIN dalam badan..


hubungi kami untuk berbekam masalah angin dalam badan

09-719 0523 (pejabat)
013-406 0158/ 014-830 3399 call /sms / whatsapp (tabib mie)
012-380 3061 call/ sms / whatsapp (tabibah na)
CAWAN KELIHATAN BERKABUS TANDA ANGIN KELUAR DARI BADAN





SELEPAS BERBEKAM BADAN ANDA AKAN LEBIH RINGAN, INSHAA ALLAH

Tuesday 19 August 2014

RAWATAN BEKAM MENGATASI MASALAH SENGGUGUT


Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".

Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea).

Senggugut primer berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman.

Senggugut jenis ini lazimnya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan. Senggugut ini memang biasa (23 hingga 25 peratus) melanda remaja.

Kesakitan senggugut ini berlaku hanya untuk satu atau dua hari saja sewaktu pendarahan haid. Lazimnya kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol.

Kesakitan senggugut primer ini disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat.

Bagaimanapun, kesakitan mungkin disebabkan senggugut sekunder yang timbul daripada masalah penyakit pelvis. Oleh itu, siasatan perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit itu dan rawatan yang tepat untuk penyakit perlu diberikan.











untuk mengurangkan kesakitan akibat sengugut disarankan berbekam pada bahagian belakang badan dan pada betis.. inshaa Allah kesakitan akibat senggugut akan hilang..
untuk rawatan BEKAM untuk senggugut boleh hubungi 09-7190523 dan 012-3803061 (tabibah na)
semoga dengan berbekam anda tidak perlu risau lagi setiap kali datang bulan

Friday 1 August 2014

PUSAT RAWATAN BEKAM MENDAPAT KEBENARAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BEKAM jannah kelantan milik sepenuhnya AN JANNAH PUSAT RAWATAN DAN SPA dan NOR ZARINA BINTI CHE LAH (tabibah na)  adalah pemiliknya..

Untuk mendapat kelulusan premis majlis tempatan iaitu MAJLIS DAERAH TUMPAT, syarat yang wajib bagi pusat rawatan bekam adalah mendapat kelulusan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA/ PEJABAT KESIHATAN DAERAH TUMPAT.

Setelah memohon lesen premis, kami menghantar surat kepada pejabat kesihatan daerah tumpat (PKD TUMPAT) untuk pihak KKM melawat pusat rawatan kami..

surat kebenaran beroperasi serta syarat KKM yang perlu kami patuhi dihantar kepada majlis daerah tumpat (MDT) untuk diserahkan kepada kami untuk kelulusan..

syarat yang ditetapkan oleh KKM  kami patuhi..


semua syarat tersebut telah pun pihak BEKAM JANNAH KELANTAN patuhi, pihak kami menunggu lesen premis yang telah pun dikeluarkan oleh MDT.

lesen MDT sudah pun kami perolehi.



Wednesday 2 July 2014

WANITA PERIOD / HAID BOLEH DIBEKAM


Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung.
Proses haid akan membuang keluar darah ‘kotor’, mukus dan sel-sel yang sudah mati.

apakah yang dimaksudkan dengan darah kotor, mukus dan sel-sel mati?
ketika fasa folicullar, darah akan berkumpul pada dinding rahim, dan menebal untuk persediaan mengandung.
jika tidak berlaku persenyawaan, tahap hormon progesteron akan turun secara mendadak menyebabkan dinding rahim mengecut dan gugur bersama sel telur yng tidak disenyawakan.



oleh itu, wanita ketika kedatangan haid boleh DIBEKAM. hal ini kerana darah bertoksin dalam badan tidak keluar ketika haid. DARAH KOTOR haid adalah darah yang berada pada rahim sahaja.

walaubagaimanapun, wanita dalam keadaan haid mestilah dalam keadaan sihat, tidak lesu untuk melakukan rawatan BEKAM.

ini juga menjawab soalan kepada MENGAPA WANITA PERLU BERBEKAM walaupun mereka telah didatangi HAID.


Saturday 17 May 2014

APABILA BUAH PINGGANG GAGAL BERFUNGSI, DAPATKAN RAWATAN BEKAM


Sebelum kita mulakan isu kegagalan buah pinggang, kita kenali dulu buah pinggang, dan fungsinya.
buah pinggang adalah organ berbentuk kacang merah, setiap orang mempunyai dua buah pingang dan berat setiap satu kira-kira 150gram.

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan'.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis).

 Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yangtidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Lima tugas utama buah pinggang:
  • ·        Membuang cecair berlebihan dari badan
  • ·        Menuras darah (mengambil balik khasiat yang diperlukan dan membuang bahan tidak berguna)
  • ·        Mengawal tekanan darah
  • ·        Kiraan sel darah merah dan jumlah mineral dalam badan
  • ·        Mengekalkan tulang yang sihat


punca kegagalan buah pinggang:

Banyak perkara yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi).Selain itu, penyakit darah yang merosakkan bahagian penuras buah pinggang dipanggil Glomerulonefritis, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), kehadiran batu karang dan jangkitan salur kencing juga boleh menyebabkan kegagalan ginjal.

Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:



  • Rasa tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.
  • Air kencing bercampur darah.
  • Berlaku perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.
  • Sakit belakang.
  • Kerap buang air kecil pada tengah malam.
  • Kaki membengkak, khususnya di pergelangan kaki.
  • Sekelip mata menjadi sembap dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.
antara kaedah rawatan yang sesuai untuk pesakit buah pinggang adalah RAWATAN BEKAM. selain titik buah pinggang dibekam, kaki yang sembap akan dibekam.

sila perhatikan gambar dibawah, dapat dilihat,air turut keluar dari kulit ketika diBEKAM..





inshaa Allah dengan berbekam, dapt membantu meringankan beban buah pinggang dan rawatan berterusan diperlukan untuk kembali sihat.

SEBAGAI NASIHAT DARIPADA KAMI, JAGALAH PEMAKANAN UNTUK MEMASTIKAN BUAHPINGGANG DAPAT BERFUNGSI DENGAN BAIK..

untuk makluman pembaca, menurut pesakit ini, setelah dibekam, kakinya terasa lebih ringan malah badannya sudah mula berpeluh  setelah sekian lama tidak berpeluh... alhamdulillah..

Monday 3 March 2014

Alhamdulillah.. psorasis sembuh dengan rawatan BEKAM

pada 25 februari 2014 kami didatangi seorang pesakit kulit yang agak kronik.. luarannya, kami tidak dapat meneka penyakitnya. kelihatan dia sihat.. selepas sesi diagnosis tapak tangan dan iridologi serta pemeriksaan tekanan darah, saya jemput beliau ke bilik rawatan.
dia menunjukkan kepada saya keadaan penyakit kulit yang dihadapinya.


 sepanjang sesi rawatan dia bercerita alkisah terjadinya penyakit ini.. selepas melahirkan anak, dia mengambil sejenis supplement keluaran syarikat yang boleh dikatakan gah juga untuk menambahkan susu badan. menurutnya lagi kesan dari supplement tersebutlah terjadi penyakit ini.. dia juga banyak membaca untuk mengetahui punca penyakit ini. menurutnya lagi pengidap psorasis tidak boleh mengambil supplement alfafa.. saya menasihatinya supaya banyak bersabar serta berdoa kepada Allah semoga Allah menyembuhkan penyakitnya ini. berdasarkan air muka nya, saya tahu dia amat sedih dengan apa yang dihidapinya.
keluarganya orang kelantan manakala suami orang pahang dan mereka tinggal di penang.. sebelum berangkat pulang ke penang 28 fenruari, saya sarankannya untuk mendapat rawatan bekam sekali lagi pada 27 februari..
pada hari 27 februari, yakni selepas 2 hari berbekam... hasilnya.. Ya Allah, sungguh gembira hati saya, penyakit itu sudah pun muali kering..


syukur Alhamdulillah...
saya sarankan beliau terus mendapatkan rawatan bekam sehingga penyakit sembuh sepenuhnya.
ikuti perihal psorasis di http://bekamjannahkelantan.blogspot.com/2013/05/bekam-untuk-psorasis.html

Monday 27 January 2014

ROKOK PUNCA PENYAKIT KRONIK


BERCERITA mengenai rokok, kita tentu terbayang banyak jenama rokok di pasaran memandangkan setiap negara mempunyai jenama sendiri.
Mengimbau iklan rokok Malboro Man - lelaki berpakaian koboi dengan sebatang rokok di tangan menunjukkan 'kehebatan'.
Tapi tidak ramai tahu tiga lelaki yang terlibat dalam iklan Malboro Man - Wayne McLaren, David McLean dan Dick Hammer meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Budaya merokok dibawa ke Eropah pada abad ke-16, kemudian menjadi kebiasaan dalam kalangan bangsawan.
Di Amerika Syarikat pula, puak Red Indian merokok untuk acara pemujaan dan bukan menunjukkan kehebatan.
Walau untuk tujuan apa pun, hakikatnya merokok menimbulkan banyak masalah bukan saja dari segi kesihatan bahkan kehidupan sosial.
Kajian saintifik menunjukkan terdapat begitu banyak bahan kimia berbahaya terkandung di dalam rokok.
Daripada nikotin, tar, sianida, benzena, cadmium, metanol, asetilena, amonia, formaldehid, hidrogen sianida, arsenik sehinggalah karbon monoksida.
Nikotin mungkin menyebabkan perokok merasa tenang namun tar mengandungi lebih 4,000 bahan kimia dengan 60 daripadanya bersifat karsinogen iaitu pencetus kanser.
Karbon monoksida pula sejenis gas berbahaya yang jika disedut dengan banyak boleh mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan sukar bernafas dan cepat letih.
Aceton dan toluidine - yang juga terdapat dalam rokok pula biasanya digunakan masing-masing sebagai penanggal cat dan pelarut industri antaranya terdapat dalam pencuci lantai.
RoketMetanol pula terdapat dalam bahan api roket; napthalene adalah ubat gegat; DDT ubat pembunuh serangga manakala butane biasa digunakan dalam pemetik api.
Menurut Pakar Runding Perubatan, Pusat Perubatan Taman Desa, Datuk Dr. G. Selvaraju, kanser pertama kali dikaitkan dengan merokok pada 1964.
"Bagaimanapun mekanisme sebenar mengaitkan merokok dan kanser masih belum diketahui," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurutnya, nikotin dan tar yang terdapat dalam rokok adalah faktor yang mengganggu fungsi paru-paru.
Biasanya, apabila pesakit didiagnosis dengan kanser paru-paru, masanya sudah terlambat kerana penyakit telah sampai ke peringkat serius.
"Ubatnya mudah. Jauhi rokok, arak dan jaga pemakanan.
"Penyakit menjadi kronik jika seseorang itu merokok dan mengambil pula alkohol serta tidak menjaga pemakanan," kata Dr. Selvaraju yang masih sihat biarpun sudah berusia lebih 70 tahun. Mengikut anggaran, 20 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia adalah perokok.
Tambah Dr. Selvaraju, semasa usia remajanya sekitar 1950-an amat sukar melihat orang menghisap rokok kerana ia bukan budaya Asia.
"Tetapi sekarang saya lihat kadangkala satu keluarga menghisap rokok," katanya kesal.
Dalam hal ini, beliau menyalahkan iklan sebagai penyebab remaja terdedah dengan budaya merokok.
"Biasanya perokok yang merokok lebih 15 tahun, kelihatan normal semasa ujian kesihatan kerana sel kanser tidak kelihatan.
Ini kerana apabila berlaku 'kesilapan' dalam badan, tubuh masih boleh bertahan sehingga 80 peratus.
"Selepas tahap itu, barulah badan bertindakbalas menyebabkan pengesanan terlewat," katanya.
Menurutnya, seorang pesakitnya yang pernah dinasihatkan agar berhenti merokok datang semula kepadanya selepas 15 tahun kerana batuk berpanjangan, kahak berdarah dan berat badan menyusut.
"Dia didiagnosis kanser paru-paru pada peringkat lewat.
"Tiada apa yang boleh dilakukan selain kemoterapi dan pembedahan di samping menjaga kesihatan kerana sistem badan tidak lagi berfungsi seperti biasa," katanya.
RadangDr. Selvaraju berkata, majoriti perokok menghidap radang paru-paru atau bronkitis menyebabkan sesak nafas dan batuk berpanjangan.
Apa yang menyedihkan, perokok pasif atau mereka yang tidak merokok tetapi dikelilingi perokok - juga boleh mendapat kanser kerana sering menghidu asap rokok.
"Sebenarnya lebih bahaya dikelilingi oleh perokok berbanding anda sendiri yang menjadi perokok," katanya.
Bagi perokok aktif, menurut beliau, kesannya akan dirasai mereka biasanya selepas 15 tahun. "Mereka akan terdedah kepada lebih 20 penyakit kronik yang terdiri daripada pelbagai jenis kanser antaranya pundi kencing, perut, usus dan rahim, mulut, esofagus, tekak, pankreas, payudara dan paru-paru.
"Mereka juga mudah mendapat penyakit berkaitan saluran pernafasan, strok, osteoporosis, jantung dan mandul," ujarnya.
Bagi perokok wanita pula, mereka mungkin mengalami putus haid awal, melahirkan bayi cacat, keguguran, bronkitis, batuk, ulser peptik, otot lemah, penyakit gusi dan kerosakan mata.
Menurut Dr. Selvaraju, perokok pasif atau mereka yang dikelilingi perokok aktif terdedah kepada risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung, masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis, sakit atau pedih mata, bersin dan batuk-batuk, sakit kerongkong dan sakit kepala.

BEKAM MERAWAT KETAGIHAN MEROKOK

SESUNGGUHNYA, MEROKOK MENGANCAM KESIHATAN

seperti yang kita semua maklum, rokok punca segala penyakit.
teliti apa yang terkandung dalam rokok.


penyakit-penyakit kronik punca rokok

pulih ketagihan merokok serta menghindarkan diri dari penyakit punca rokok dengan BERBEKAM.




UNTUK TEMUJANJI RAWATAN BEKAM PADA PEROKOK SILA HUBUNGI 

-->  013-4060158 (TABIB MIE- KELANTAN)whats app
--> 013-5074413 (USTAZ FADHLI -RAWANG)
--> 012-3803061 (TABIBAH NA-KELANTAN)whats app
--> 09-7190523 PEJABAT (WAKAF BHARU, KELANTAN)
FACEBOOK: BEKAM JANNAH KELANTAN
 


Tuesday 7 January 2014

PAKEJ RAWATAN BEKAM DI BEKAM JANNAH KELANTAN

PAKEJ RAWATAN BEKAM (TERMURAH)


PAKEJ BEKAM WAJAH RM40.00


  
+- 10 cups
  • UNTUK MASALAH RESDUNG
  • MASALAH JERAWAT
  • MASALAH KULIT WAJAH
  • MASALAH KULIT BERMINYAK
  • MASALAH MINDA/ SAKIT KEPALA

 
PAKEJ BEKAM RM50.00 

(belakang badan + kepala)

 +-18 cups + titik kepala

  • untuk masalah migrain/sakit kepala
  • masalah pernafasan
  • masalah angin dalam badan
  • masalah pencernaan
  • masalah tulang belakang
  • dll


PAKEJ BEKAM RM70.00

 +-29 cups + titik kepala

  • untuk masalah migrain/sakit kepala
  • masalah pernafasan
  • masalah angin dalam badan
  • masalah pencernaan
  • masalah tulang belakang
  • masalah kebas tangan dan kaki
  • masalah sakit lutut
  • dll



PAKEJ BEKAM RM70.00

(DEPAN & BELAKANG)




 +-29 cups + bekam angin



  • untuk masalah migrain/sakit kepala
  • masalah pernafasan/ jantung
  • masalah angin dalam badan
  • masalah pencernaan
  • masalah tulang belakang
  • dll



PAKEJ BEKAM RM90.00
 





 +-40 cups
+
urut asas


PAKEJ BEKAM RM130.00

+- 40 cups 
urut tradisional 

          PAKEJ BEKAM RM120.00

+

+- 50 cups  bekam titik wajah + bekam seluruh badan + titik kepala





DIANGNOSIS PENYAKIT PERCUMA
WAKTU OPERASI PUSAT RAWATAN : 10 PG- 6 PTG SETIAP HARI 
TEMUJANJI MENJAMIN KESELESAAN TUAN/ PUAN


 UNTUK TEMUJANJI, SILA HUBUNGI:
-->  013-4060158 (TABIB MIE- KELANTAN)whats app
--> 012-3803061 (TABIBAH NA-KELANTAN)whats app
--> 09-7190523 PEJABAT (WAKAF BHARU, KELANTAN)