Monday 3 March 2014

Alhamdulillah.. psorasis sembuh dengan rawatan BEKAM

pada 25 februari 2014 kami didatangi seorang pesakit kulit yang agak kronik.. luarannya, kami tidak dapat meneka penyakitnya. kelihatan dia sihat.. selepas sesi diagnosis tapak tangan dan iridologi serta pemeriksaan tekanan darah, saya jemput beliau ke bilik rawatan.
dia menunjukkan kepada saya keadaan penyakit kulit yang dihadapinya.


 sepanjang sesi rawatan dia bercerita alkisah terjadinya penyakit ini.. selepas melahirkan anak, dia mengambil sejenis supplement keluaran syarikat yang boleh dikatakan gah juga untuk menambahkan susu badan. menurutnya lagi kesan dari supplement tersebutlah terjadi penyakit ini.. dia juga banyak membaca untuk mengetahui punca penyakit ini. menurutnya lagi pengidap psorasis tidak boleh mengambil supplement alfafa.. saya menasihatinya supaya banyak bersabar serta berdoa kepada Allah semoga Allah menyembuhkan penyakitnya ini. berdasarkan air muka nya, saya tahu dia amat sedih dengan apa yang dihidapinya.
keluarganya orang kelantan manakala suami orang pahang dan mereka tinggal di penang.. sebelum berangkat pulang ke penang 28 fenruari, saya sarankannya untuk mendapat rawatan bekam sekali lagi pada 27 februari..
pada hari 27 februari, yakni selepas 2 hari berbekam... hasilnya.. Ya Allah, sungguh gembira hati saya, penyakit itu sudah pun muali kering..


syukur Alhamdulillah...
saya sarankan beliau terus mendapatkan rawatan bekam sehingga penyakit sembuh sepenuhnya.
ikuti perihal psorasis di http://bekamjannahkelantan.blogspot.com/2013/05/bekam-untuk-psorasis.html