Wednesday 30 October 2013

SABARNYA DIA SEORANG ISTERI DAN DIA SEORANG IBU

Alhamdulillah syukur kepada Allah, kita semua dikurniakan kesihatan oleh Allah swt.
masih teringat dan terus terngiang-ngiang ditelinga ini cerita, perkongsian pengalaman hidup seorang isteri/ seorang ibu. disini saya kongsikan kepada semua.

di bahasakan dirinya mek, datang ke pusat rawatan kami, dibawa oleh anak lelakinya. maklum anaknya, ibunya pengidap kencing manis. mek berbadan kurus, beratnya <50kg, sangat ramah, jernih air mukanya. selesa berborak dan berkongsi cerita dengannya.

diperingkat awal rawatan, mek tidak bagitahu saya apa-apa. dia hanya bagitu mengenai keadaanya badanya akibat kencing manis. apabila saya mula urut di bahagian peha dan betis, mek bagitu saya, peranakan dia dah jatuh. (prolasped uterus). saya minta kebenaran untuk tengok keadaan tersebut. menurut mek, dia bersyukur, walaupun peranakan jatuh, keadaan tersebut tidak berair, tidak gatal hanya mek berasa tidak selesa ketika berjalan dan buang air kecil.


mek melahirkan 10 orang anak, menurut kata bidan kampung, peranakan mek peranakan kain buruk yakni mudah untuk jatuh jika mek terlalu banyak membuat kerja-kerja berat. menurut doktor pula, mek melahirkan anak ramai kemudian kesan koyak tidak dijahit dengan sempurna, hal ini menyebabkan peranakan jatuh.

saya usik, "ayahnya tahu ker mek datang berbekam? kot- kot nanti dia terkejut tengok badan mek ada kesan bekam"

dari soalan itu, mek menceritakan perihal suaminya, bukan nak membuka aib suaminya, mungkin sebab kekesalan dalam hati dengan sikap suaminya itu. menurut mek, mek bekerja keras untuk menjaga anaknya yang 10 ini. suaminya suka makan diluar, alang-alang keluar, suaminya tidak belikan walau sekapit beras, nak jatuhkan 10sen ke tangan mek amat susah. semua urusan rumahtangga diuruskan mek sendirian. ada mulut-mulut jahat mengatakan mek bodoh kerana masih bersama dia. mek punya anak-anak bersama dia, mek sanggup bersamanya demi anak-anak.
mek sakit demam, suaminya tidak pernah bertanya khabar, urut jauh sekali. nak ke hospital kadang dimarahi. menurut suaminya semua penyakit akan hilang apabila qiamullail selama 40 malam. suaminya seorang yang kuat beribadat, dikejar akhirat sehingga mengabaikan dunia.

cerita mek lagi, sekarang anak-anak sudah besar. setiap bulan mereka kirim wang untuk mek dan suami. pelbagai jenis ubat dibelikan untuk mek. mek bagitahu anak-anaknya, "duit mesti berikan juga kepada ayah, macam mana pun dia, dia tetap ayah kamu, tak ada dia, maka tak ada lah kamu." tiada sekelumit dendam pun didalam hatinya.

mek meluahkan perasaanya, ayahnya (suami) sudah tidak tidur bersama. dia tidak redha keadaan mek begini. masa sihat dulu, tidak pernah di tolak permintaan suaminya. apabila dapat penyakit begini, itu pula kata suaminya. wahal penyakit ini bukan dipinta. 
saya cakap "sabarlah mek, ini semua ujian Allah" saya pujuk hati mek, "bagus jugak dia tidak tidur dengan mek, sekurang-kurangnya tiada orang ganggu mek tidur, dapat tidur lena"  kata-kata saya disambut dengan senyuman. saya tahu, dia mahu suaminya berada disebelahnya, membelainya. saya pujuk dia lagi.."Inshaa Allah, saya akan cuba bantu mek. "

dalam hati kecil saya, tabahnya dia seorang isteri, segala perbuatan suaminya ditelan demi anak-anak. sabar sungguh dia membesarkan anak-anaknya dengan tulang empat keratnya. saya yakin Allah pasti menghadiahkan pahala yang sangat besar untuknya.
wallahualam..