Wednesday 25 July 2018

PROSES RAWATAN BEKAM


tentu ramai yang tertanya mengenai proses rawatan bekam. 

bekam angin macam mana?

bekam  darah macam mana?

proses rawatan adalah seperti diatas. untuk pakej asas biasanya memerlukan masa lebih kurang 1jam.

 

bekam angin

bekam angin adalah satu proses dimana cawan bekam di pasang pada badan dan dibiarkan beberapa minit. pam bekam di tarik 2-3x bergantung kepada tahap keselesaan pesakit.
Image result for bekam angincawan bekam dipasang akan menyebabkan hiperemia (peningkatan dalam aliran darah). proses ini juga akan membuka liang roma seterusnya mengeluarkan angin dalam badan. bagi proses bekam darah, bekam angin berfungsi sebagai bius dimana bahagian tersebut menjadi kebas dan membantu memberi keberkesanan terhadap bekam darah. bekam angin biasanya bertujuan untuk membantu dengan sakit, keradangan, aliran darah, kelonggaran dan kesejahteraan, dan sebagai jenis urutan tisu dalam.

bekam darah

bekam darah adalah proses dilakukan selepas bekam angin. pada bahagian tersebut akan dilukakan dengan menggunakan lancet (saiz 21g, 23g, 26g yang sesuai) ataupun blade.
bilangan cucukan bergantung kepada saiz cawan bekam dan secara am bilangan cucukan adalah 21cucukan ataupun nombor ganjil. pelbagai teknik cucukan boleh digunakan antaranya adalah teknik bulatan dan teknik laluan.
selepas cawan bekam dipasang semula, darah dibiarkan mengalir dan berhenti dengan sendirinya ( menggunakan kaedah yang betul). kuantiti darah bergantung kepada tahap kesihatan pesakit.
peruntukan masa adalah 10-15 minit. bergantung kepada keadaan kulit pesakit.
cawan bekam dibuka dan darah dibersihkan. kemudian kesan cucukan disapu dengan iodin atau minyak zaitun. kesan cucukan dan kesan lebam akan hilang dalam masa beberapa hari.

pelanggan bekam jannah akan mendapat gift untuk setiap kali lepas sesi rawatan.

hubungi kami
014-830 3399 tabib fahmy
012-380 3061 tabibah na
09-719 0523 pusat rawatan

bekamjannah kelantan