Wednesday 4 March 2020

kekerapan rawatan bekam






kekerapan berbekam bagi setiap individu adalah berbeza mengikut penyakit yang dihidapinya.

kekerapan berbekam terbahagi kepada 3.

1. merawat penyakit

 jika sesorang itu berbekam untuk masalah seperti resdung, jerawat kekerapan yang disarankan adalah 10-14 hari sekali sehingga keadaan penyakit itu beransur pulih, maka boleh dijarakkan kepada sebulan sekali.
jika mereka mengidap darah tinggi, kencing manis, kolesterol  yang tinggi, disyorkan untuk berbekam sebulan sekali sehingga 3x, atau sehingga bacaan mula stabil

2. mencegah penyakit
 Mereka  mengamalkan rawatan bekam bagi mencegah penyakit  adalah 3-4 bulan sekali berdasarkan sel darah merah kita rosak setiap 90-120 hari.
Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan, bersenam, kurang stress, disyorkan untuk berbekam 6-12 bulan sekali bagi menyingkirkan darah kotor dalam badan.
 

3. mengikut keperluan semasa. (iaitu ketika sakit)
 mereka yang adalah masalah kesihatan boleh berbekam ketika sakit, seperti gaut, saat sakit, bengkak ketika itu adalah masa terbaik untuk bekam, begitu juga ketika kepala berdenyut migrain. ketika itu, masa terbaik bekam.

pastikan darah bekam tidak melebihi 10x berat badan. maksudnya jika berat badan 80kg, pastikan darah yang keluar tidak melebihi 800ml darah.

kesimpulan. jika pesakit gaut, bekam lah ketika sakit, teruskan bekam seminggu sekali seterusnya sebulan sekali, apabila bacaan asid urik mula stabil, maka disyorkan untuk bekam 3-4 bulan sekali.
Inshaa Allah, dalam merawat penyakit, rawatan perlu dilakukan dengan istiqamah.