Sunday 24 December 2017

tujuan bekam angin yang ramai tak tahu.

 MANFAAT BEKAM ANGIN
ramai di antara kita tidak sedar manfaat bekam angin. sebenarnya alat bekam boleh dijadikan "first aids" di rumah.

disini tabibah na nak share manfaat bekam angin.

CARA BEKAM ANGIN
Image result for BEKAM ANGIN BAHU

macam mana nak guna bekam angin?
sapu minyak yang biasa digunakan untuk kulit seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari dan minyak bayi pada bahagian kulit yang ingin di bekam.

boleh juga guna minyak urut yang tidak terlalu panas. 
TIDAK DIGALAKKAN MENGGUNAKAN MENGGUNAKAN MINYAK  PANAS
pasang cawan bekam menggunakan pam, tarik pam sehingga 2-3x bergantung kepada keselesaan badan. 
                                  TARIK PAM PENUH


                                    TARIK PAM SEPARUH

untuk kanak-kanak memadai tarik pam 1/2 -1x pam. TIDAK BOLEH TERLALU KETAT.

biarkan bekam angin selama 10-15 minit (bergantung kepada kulit) selepas buka cawan, boleh dipasang semula ditempat yang sama dan tempat berbeza.
cara buka bekam angin dengan cara menarik bahagian berwarna kuning.

 PERINGATAN : BEKAM ANGIN TIDAK BOLEH MELEBIHI 15 MINIT BERTERUSAN, RISIKO BLISTER

MANFAAT BEKAM ANGIN

1. boleh keluarkan angin dalam badan. 
ini fokus kepada mereka yang ada masalah GASTRIK, MEDU ANGIN, "SEKOK ANGIN" dan pelbagai istilah masalah angin dalam badan.


2. hilangkan lenguh-lenguh badan
seperti sakit bahu, lenguh betis. ini juga boleh digunakan untuk mereka yang seliuh.
 Image result for BEKAM ANGIN

3. mengeluarkan haba dalam badan
kaedah bekam angin boleh digunakan untuk mereka yang demam. ini dapat singkirkan haba panas dalam badan dan mengatasi masalah demam.
"ini sangat mujarab, tabibah na banyak gunakan untuk anak-anak ketika mereka demam dan Alhamdulillah, panas badan cepat hilang". anak-anak seawal 3 tahun boleh dibekam angin MENGIKUT KEPERLUAN DAN KEADAAN KULIT KANAK-KANAK YANG SESUAI.


4. dapat mengeluarkan bisa gigitan serangga.
terkena gigitan semut api, nyamuk (bagi mereka yang kulit alergi), binatang berbisa seperti lipan dan kala jengking, boleh dibekam angin sementara ke klinik berjumpa doktor.
 kaedah ini, dapat keluarkan bisa gigitan tersebut.


 5. KUDIS CEPAT SEMBUH


ini kaedah bekam angin yang dilakukan pada kudis, jika keluar darah adalah normal. biasa dilakukan pada kudis-kudis kecil dan masalah kulit sensitif dan alergi. 

CARA PENSTERILAN PERALATAN BEKAM KEGUNAAN PERIBADI.
alat bekam yang sudah digunakan memadai dibasuh menggunakan sabun dan air, kemudian dikeringkan dan disimpan di dalam bekas tertutup.

jika alatan bekam terkena darah atau cecair badan (seperti darah/bisa/nanah) mesti disteril menggunakan peluntur, air (nisbah peluntur: air, 1: 10) dan sabun pencuci. dibersihkan, dibilas dan dikeringkan. kemudian simpan dalam bekas tertutup.

jika tuan/puan ingin memiliki alat bekam peribadi, boleh hubungi kami bekam jannah kelantan/ tabib fahmy 014-830 3399, tabibah na 012-380 3061.
harga serendah RM40.00 untuk 12pcs alat bekam dan cara menggunakannya.

jangan lepaskan peluang ini.