Friday 17 June 2016

BEKAM UNTUK IBU YANG MENGAMBIL PERANCANG KELUARGA



selepas sahaja bersalin, sebelum dibenarkan keluar wad, doktor akan tanya mengenai perancang keluarga. yer, sama ada pengambilan pil atau suntikan,pemasangan  IUD dan implan.

ini memberi laluan kepada ibu untuk merehatkan rahim serta memberi peluang bagi anak yang dilahirkan itu mendapat sepenuh perhatian, tempoh menyusu sehingga 2 tahun serta kasih sayang sepenuhnya.



pengambilan perancang keluarga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon. Antara kesan ketidakstabilan hormon adalah:

= kegemukan
= perut membuncit
= kedinginan seks
= tekanan perasaan 
= period yg berpanjangan
= masalah tidur
= jerawat
= keputihan
= keguguran rambut
selain itu, ramai yang mendakwa mengambil pil perancang keluarga akan menyebabkan kerosakkan buah pinggang akibat mendapan pil tersebut..
disini, kami di BEKAM JANNAH KELANTAN inshaa Allah membantu para ibu yang mengambil perancang keluarga untuk terus sihat.

bekam dapat menstabilkan hormon dalam badan, dapat merawat masalah haid, masalah jerawat, masalah keputihan dan semua masalah punca ketidakstabilan hormon.


hubungi tabibah anda 012-3803061 (tabibah na)
bekam jannah kelantan 09-7190523

Wednesday 15 June 2016

BEKAM DALAM KEADAAN BERPUASA

puasa tidak menghalang untuk melakukan bekam. ini berdasarkan hadith Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berbekam dalam keadaan berihrom dan berpuasa.

selain itu hukum berbekam adalah makruh jika berbekam dalam keadaan berpuasa membawa kepada kemudharatan.


sebagai contoh, seorang pesakit berbekam dalam keadaan berpuasa, kemudian selepas rawatan bekam pesakit tersebut terasa loya dan muntah, pening dan pitam. maka di galakkan untuk pesakit tersebut berbekam selepas berbuka puasa. 

secara am, bekam sangat sesuai dilakukan dalam keadaan perut kosong, maka berbekam ketika puasa juga elok untuk merawat penyakit.

kebanyakkan orang melakukan bekam ketika puasa biasanya untuk masalah GASTRIK, MIGRAIN, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, SAKIT LUTUT, RESDUNG, JERAWAT, ASMA dan sebagainya.

bagi masyarakat kelantan, adalah menjadi kebiasaan untuk menikmati aneka colek antaranya colek buah buahan, colek perut, colek kerang udang dan sotong. hal ini menyebabkan resdung "menyerang membuak-buak". saat ini amat sesuai untuk dibekam. 


tak perlu menyekat impian nikmati colek kerana takut resdung, bekam kan ada. 

bekam merawat penyakit, bekam mencegah penyakit..
jom sihat dengan mengamalkan bekam.

hubungi kami untuk mendapatkan rawatan.. BEKAM JANNAH KELANTAN
09-7190523 PEJABAT
014-8303399, 013-4060158 TABIB FAHMY (perawat lelaki)
012-3803061 TABIBAH NA (perawat wanita)

BEKAM JANNAH KELANTAN  beroperasi SETIAP HARI 9.30 PAGI -6 PETANG.
CUTI pada hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha  serta cuti peristiwa.