Wednesday 2 July 2014

WANITA PERIOD / HAID BOLEH DIBEKAM


Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung.
Proses haid akan membuang keluar darah ‘kotor’, mukus dan sel-sel yang sudah mati.

apakah yang dimaksudkan dengan darah kotor, mukus dan sel-sel mati?
ketika fasa folicullar, darah akan berkumpul pada dinding rahim, dan menebal untuk persediaan mengandung.
jika tidak berlaku persenyawaan, tahap hormon progesteron akan turun secara mendadak menyebabkan dinding rahim mengecut dan gugur bersama sel telur yng tidak disenyawakan.



oleh itu, wanita ketika kedatangan haid boleh DIBEKAM. hal ini kerana darah bertoksin dalam badan tidak keluar ketika haid. DARAH KOTOR haid adalah darah yang berada pada rahim sahaja.

walaubagaimanapun, wanita dalam keadaan haid mestilah dalam keadaan sihat, tidak lesu untuk melakukan rawatan BEKAM.

ini juga menjawab soalan kepada MENGAPA WANITA PERLU BERBEKAM walaupun mereka telah didatangi HAID.