Monday 26 August 2013

penyakit oh penyakit

Nabi Muhammad SAW bersabda “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubat” (H.R. Muslim)


daripada hadith Rasulullah SAW ini kita dapat faham bahawa penyakit datang dari apa yang kita makan. Dan berpuasa adalah ubat menghidari penyakit.
Seterusnya, bagaimana pula dengan makanan yang telah kita makan, tentulah menjadi darah dan daging, pertumbuhan dan kegunaan kehidupan kita. jadi bagaimana untuk menghindari penyakit dari apa yang telah kita makan..

BERBEKAM ADALAH KAEDAHNYA
seperti yang tleah diterangkan pada tulisan-tulisan yang lepas, tujuan berbekam, telah pasti bahawa berbekam adalah kaedah terbaik menghindari dan mencegah penyakit.

untuk temujanji berbekam dan maklumat lanjut, sila hubungi 0129855926/ 0134060158 (tabib mie), 0123803061 (tabibah na), 014-5074413 (tabib fadhli -cawangan Rawang)

 

Wednesday 21 August 2013

Fakta Ilmiah Bekam/Hijamah

PERSOALAN DAN KEKELIRUAN MENGENAI BEKAM



Tidak dinafikan ada sesetengah pihak menidakkan rawatan sunnah Rasulullah  SAW ini. Hal ini kerana kekurangan kesedaran tentang kelebihannya. Antara kekeliruan/persoalan mereka adalah:

·         Anggapan bahawa bekam tidak berkesan: Rawatan bekam diakui secara saintifik dapat melancarkan perjalanan darah seterusnya mencegah penyakit.
·         Rawatan bekam ini adalah sunnah Rasulullah SAW. Antara hadith:
“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)
“Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad).
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Sahihul Jaami’ (no. 2128) dan Silsilah al-Hadiith ash-Sahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)
 tiada yang perlu dipertikaikan lagi, apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah yang terbaik.

·         Khuatir terhadap status perawat bekam: perawat bekam di Al Jannah Pusat Rawatan Dan Spa mendapat pendidikan, latihan serta pengalaman lebih 8 tahun.

·         Bersihkah Peralatan? : alat bekam, dibersihkan seterusnya diseterilkan, manakala jarum lancet adalah pakai buang, perawat juga memakai sarung tangan (gloves). Menggunakan tisu muka, bukan tisu tandas.

·         Bahaya Kerana Torehan/ Tusukan Jarum: tidak perlu dikhuatiri kerana tusukan jarum dan torehan tidak terlalu dalam ( kedalaman adalah 3-5mm) tidak terkena pada saluran darah, selesai bekam, darah telah pun berhenti mengalir dan sapuan minyak zaitun sebagai antiseptik, tidak pedih ketika mandi.

·         Diabetis Boleh Bekam? : pengidap diabetes tidak perlu risau luka melarat kerana selesai bekam, darah sudah behenti mengalir dan kesan tusukan jarum sudah pun tertutup. Malah pengidap diabetes amat sesuai berbekam untuk memulihkan penghasilan insulin serta mengeluarkan darah yang mengandungi gula.

·         Kurus Takut Bekam: orang yang BMI (18.5 dan kebawah) boleh bekam, perawat bekam akan memberi penerangan, serta bekam mengikut keadaan pesakit

·         Pengidap Darah tinggi: amat sesuai berbekam

·         BIMBANG KEHILANGAN BANYAK DARAH: sebenarnya, bekam hanya mengeluarkan darah yang kotor sahaja. Tidak melibatkan darah yg bersih beroksigen dan mengandungi nutrien. Jika diamati, ada sesetengah orang, keluar darah yang sedikit sahaja. Tidak seperti mereka yang mempunyai penyakit.

·         Kanak-Kanak Dan Orang Tua Boleh Bekam?: bagi kanak-kanak, bekam mengikut penyakit, dan berdasarkan tahap kesihatan. Bekam pada titik terpilih sahaja, begitu juga dengan orang tua. Sebelum rawatan diangnosis penyakit, pemeriksaan kesihatan, sejarah pesakit semua diambil kira. Tidak dibekam sebarangan.

·         TAKUT KETAGIH BEKAM: anggapan bahawa ketagih amat salah, setiap pesakit dapat merasakan kelainan dalam diri yakni terasa lebih sihat dan segar, sakit yang dialami turut hilang. Sebagai contoh sakit kepala, angin dalam badan, bisul dan sebagainya. Apabila penyakit datang menyerang semula akibat pemakanan dan gaya hidup, sudah pasti pesakit akan memilih untuk berbekam dek kesannya yg hebat tadi. Tiada istilah ketagih tetapi bekam berdasarkan keperluan badan.