Thursday 28 May 2015

bekam merawat stroke atau angin ahmar

testimoni bekam merawat stroke / strok

Apa itu stroke?

Stroke ataupun angin ahmar adalah suatu gangguan fungsi otak yang terjadi secara mendadak, disebabkan oleh gangguan pembuluh darah di otak, dan dapat mengakibatkan kematian.

Bekalan darah ke sebahagian otak tiba-tiba terputus. Sel otak perlu bekalan oksigen yang berterusan daripada darah. Tidak lama selepas bekalan darah terputus, sel di dalam kawasan yang terjejas di otak menjadi rosak atau mati.


Tanda-tanda stroke


                             

Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan,penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.


Antara punca stroke/siapa yang berisiko?

1. Merokok

2. Tekanan darah yang tinggi
3.Penyakit jantung
4. Stres dan depresi
5. Pengambilan makanan dan minuman yg tidak berkhasiat

6. Pengambilan garam secara berlebihan

7. Obesiti
8. Rehat yg tidak mencukupi


9. Pengambilan alkohol



           
BAHAGIAN STROK

Terbahagi kepada 2 :

1.strok iskemik 
2.strok hemoragik.







Strok iskemik/trombotik (Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.)

Berlaku pada kira-kira tujuh dalam 10 kes. Iskemik bermakna bekalan darah dan oksigen berkurangan ke bahagian badan. Kes biasa strok disebabkan darah beku dalam arteri yang menghalang aliran darah.

Darah beku selalunya terbentuk di dalam arteri itu sendiri. Ini biasanya berlaku terhadap tampalan lemak bahan yang dipanggil ateroma.
Dalam sesetengah kes, darah beku terbentuk di bahagian lain tubuh dan kemudian bergerak dalam aliran darah. Contoh paling biasa ialah darah beku dalam kebuk jantung akibat aliran darah yang tidak normal. Ini mungkin berlaku dalam situasi yang dipanggil fibrilasi atrium. Darah beku kemudian dibawa dalam aliran darah sehingga ia terperangkap dalam arteri di dalam otak




Strok hemoragik (pendarahan-Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.  )


Arteri yang rosak atau lemah boleh ‘pecah’ dan berdarah:
pendarahan intraserebrum ialah apabila saluran darah pecah di dalam otak.
Darah kemudian tumpah ke dalam tisu otak berhampiran. Ini boleh menyebabkan sel otak berkenaan terputus bekalan oksigen, lantas menjadi rosak atau mati.
pendarahan subaraknoid apabila salur darah pecah dalam ruang subaraknoid. Ia ruang sempit di antara otak dan tengkorak. Ruangan ini biasanya terisi dengan cecair dipanggil bendalir serebrospina. Kira-kira satu dalam 20 hentakan menyebabkan pendarahan subaraknoid.




Apakah gejala strok/angin ahmar?

Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba seperti berikut:

•Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
•Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
•Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
•Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
•Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
•Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
•Sukar menelan


sehingga hari ini, alhamdulillah bekam berjaya memulihkan pesakit strok,