Monday 20 May 2013

BEKAM ALAHAN/ ALERGI



sering kali kita berjumpa dengan orang yang mengidap alahan. ada yang mengeluh, kalau makan makanan laut, sambal belacan, budu, dan ikan bilis, badan jadi gatal-gatal kemudian berkudis, mata bengkak dan berair, muka berjerawat. Tidak kurang juga mereka yang alah pada debu, asap rokok, persekitaran yang kotor. Muka mulai ditumbuhi jerawat, hidung berair dan sebagainya. lebih teruk lagi ada yang diserang asma dan perlu dirawat di hospital. 

Apa itu alergi? Alergi adalah keadaan dimana seseorang menjadi sangat sensitif terhadap bendasing yang belum tentu menimbulkan gangguan pada orang lain. Dapat disebabkan oleh faktor keturunan. Reaksi alergi timbul setelah beberapa kali terdedah kepada alergen (bahan  penyebab alergi).

Ada pendapat mengatakan, sebenarnya hampir semua orang alah terhadap bahan tertentu tetapi tidak menyedarinya. Ia mungkin disebabkan reaksi alahan yang sedikit dan tidak mendatangkan masalah besar kepada individu berkenaan.

Alahan yang sedikit boleh diatasi dengan menghindari faktor penyebab atau alergen, tetapi individu yang mengalami alahan melampau (akut atau dipanggil anafilaksis) perlu lebih berwaspada.

Tindak balas badan individu yang mengalami alahan melampau berlaku dengan cepat. Apabila alergen memasuki aliran darah, badan membebaskan sejenis bahan kimia iaitu histamin untuk menghapuskan alergen berkenaan.

Bagaimanapun, bagi individu dalam kumpulan ini, badan mereka menghasilkan terlalu banyak histamin sehingga menyebabkan gejala gangguan saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma); kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema.

Rawatan BEKAM paling sesuai untuk mereka yang mengalami alahan/alergi ini. RM50-RM70 bergantung kepada keadaan badan/alahan tersebut.






Said bin jubir berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)



No comments:

Post a Comment