Sunday 17 March 2013

PENGENALAN BEKAM



BEKAM

Dari anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermakna
“sesungguhnya Allah swt menciptakan penyakit, maka telah Allah menciptakan penawarnya, maka berubatlah.”

Diceritakan al-husain, diceritakan kepada kami Alah bin mani, diceritakan lagi kepada kami marwan bin syuja’, diceritakan kepada kami salim bin al-afthas dari sa’id bin jubair, dari ibnu abbas r.a, rasulullah saw bersabda “berubat terdabat tiga metodenya: pada minum madu, pada pisau bekam, dan pada besi panas, tetapi aku melarang ummatku dari menggunakan rawatan besi panas.
(Umdatul qari syarah shahih bukhari)

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Pengenalan rawatan bekam.

Dalam bahasa arab disebut “al-hijamah” yang bermaksud pelepasan darah,  dan dalam bahasa inggeris disebut sebagai “cupping” manakala dalam bahasa melayu pula dikenali sebagai “bekam”.
Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang. Makanan yang dimakan cerna di dalam perut. Perut dan usus kecil  pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan mebekalkan nutrien dalam darah. Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru, jantung, kelenjar-kelenjar,otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.



Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikumuhkan dari tubuh badan manusia. Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.
Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

Kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:

1. Membuang angin dalam badan

2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan

3. Melancarkan peredaran darah

4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat

5. Membuang racun / tosik dalam badan.

Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia, Bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW.

Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Mohammad SAW, maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang terkandung didalam pengamalan ini.

No comments:

Post a Comment