sering kali kita berjumpa dengan orang yang mengidap alahan. ada yang mengeluh, kalau makan makanan laut, sambal belacan, budu, dan ikan bilis, badan jadi gatal-gatal kemudian berkudis, mata bengkak dan berair, muka berjerawat. Tidak kurang juga mereka yang alah pada debu, asap rokok, persekitaran yang kotor. Muka mulai ditumbuhi jerawat, hidung berair dan sebagainya. lebih teruk lagi ada yang diserang asma dan perlu dirawat di hospital.
Apa itu alergi? Alergi
adalah keadaan dimana seseorang menjadi sangat sensitif terhadap bendasing yang
belum tentu menimbulkan gangguan pada orang lain. Dapat disebabkan oleh faktor
keturunan. Reaksi alergi timbul setelah beberapa kali terdedah kepada alergen
(bahan penyebab alergi).
Ada pendapat
mengatakan, sebenarnya hampir semua orang alah terhadap bahan tertentu tetapi
tidak menyedarinya. Ia mungkin disebabkan reaksi alahan yang sedikit dan tidak
mendatangkan masalah besar kepada individu berkenaan.
Alahan yang
sedikit boleh diatasi dengan menghindari faktor penyebab atau alergen, tetapi
individu yang mengalami alahan melampau (akut atau dipanggil anafilaksis) perlu
lebih berwaspada.
Tindak balas
badan individu yang mengalami alahan melampau berlaku dengan cepat. Apabila alergen
memasuki aliran darah, badan membebaskan sejenis bahan kimia iaitu histamin
untuk menghapuskan alergen berkenaan.
Bagaimanapun,
bagi individu dalam kumpulan ini, badan mereka menghasilkan terlalu banyak
histamin sehingga menyebabkan gejala gangguan saluran pernafasan (lelah,
bronkitis, asma); kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema.
Rawatan BEKAM paling sesuai untuk mereka yang mengalami alahan/alergi ini. RM50-RM70 bergantung kepada keadaan badan/alahan tersebut.
Said
bin jubir berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)
“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)
No comments:
Post a Comment