Wednesday, 8 October 2014

URUT BADAN untuk LELAKI dan PEREMPUAN KELANTAN


Sejarah Urut

TIADA siapa yang tahu asal usul urut kerana terlalu panjang untuk dijejaki. Ukiran pada kubur Mesir purba menunjukkan amalan ini diamalkan secara meluas dalam masyarakat itu.

Perkataan urut atau massage dalam bahasa Inggeris kemungkinan besar diambil dari perkataan Portugis, amasser yang bermaksud, menguli atau meramas, yang digunakan oleh penjajah Perancis di India pada abad ke-18.

Perkataan ini juga mungkin diambil dari bahasa Arab, massa, yang bermaksud menyentuh.

Kehebatan urut dapat dilihat apabila buku perubatan tradisional Cina bertarikh 2,700 tahun Sebelum Masihi menyarankan latihan pernafasan, urutan pada badan serta senaman pada tangan dan kaki sebagai cara merawat lumpuh, kesejukan dan demam.

Di kalangan ahli perubatan Greek dan Roman, urut adalah antara kaedah utama untuk melegakan kesakitan. Maharaja agung Roman, Julius Caesar, dikatakan diurut setiap hari untuk merawat sakit sarafnya.

Di Barat, Pech Henrik Ling (1776-1839) dari Sweden, dianggap sebagai bapa urut moden kerana beliau memodenkan teknik urut berdasarkan fisiologi.

Falsafahnya, tubuh bukan seperti mesin tetapi adalah sesuatu yang hidup dan melambangkan perasaan manusia, memberi kesan besar terhadap teknik urut Barat hingga tekniknya yang dikenali urut Swedish kemudian terkenal di seluruh dunia.

Pada 1895, Persatuan Juru Urut Terlatih ditubuhkan di Britain untuk meningkatkan kualiti bidang ini. Malah pada 1899, St George Hospital di London mempunyai jabatan urut.

Di Asia, urut di India bukan hanya untuk tujuan perubatan. Ukiran erotik di Khajuraho dan Kamasutra menunjukkan teknik urut tertentu boleh mengubah perasaan manusia dengan memberi rangsangan dan ketenangan.

Di China, pelajar bidang perubatan mempelajari dan menduduki peperiksaan dalam bidang urut dan akupuntur serta menduduki peperiksaan yang bertujuan memahirkan mereka untuk merawat pesakit. Peringkat pertama kelayakan, hsiu ts’ai menyemai ijazah pertama pada zaman sekarang.


ANTARA KELEBIHAN URUT BADAN KELANTAN IALAH:


-mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan
-melancarkan perjalanan darah/Membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat
- membantu ibu mengandung bersalin dengan lebih mudah
- mengurangkan pergantungan pada ubat-ubatan
- meningkatkan imunisasi dengan merangsang sistem pertahanan semulajadi.
- mempersiapkan dan pulih dari latihan yang berat
- memperbaik kulit selaku organ terbesar kita
- meningkatkan fleksibiliti sendi
- mengurangkan kemurungan dan kegelisahan
- meningkatkan baik pulih tisu dan mengurangkan stretch mark serta parut
- memperbaik peredaran darah dan pengempaman oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot
- mengurangkan bengkak dan kram
- merehatkan dan menghilangkan keletihan
- membebaskan endorphins iaitu asid amino yang bekerja sebagai penghilang sakit semulajadi
- mengurangkan migraine
-memecahkan toksin atau racun dalam badan
-mengeratkan lagi kasih sayang (bsgi suami isteri/ ibubapa dan anak)


Penyelidikan berterusan menunjukkan manfaat besar dari sentuhan untuk penyakit-penyakit kronik, gangguan saraf, luka dan juga untuk mengurankan ketegangan gaya hidup moden. 


pakej untuk urut badan RM40.00 utk satu sesi (+-1jam 30 mnt)

No comments:

Post a Comment