PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit tertua dan sering disalah anggap. Menurut data terkini, dianggarkan tiga hingga lima peratus daripada penduduk dunia menghidapi psoriasis. Ini juga bermakna terdapat hampir satu juta rakyat Malaysia yang menderita penyakit ini.
Sering dianggap sebagai penyakit yang tidak boleh diubati, psoriasis merupakan penyakit sistem imuniti badan menyerang yang diri sendiri atau dikenali sebagai autoimun yang berulang tetapi tidak berjangkit. Ia terjadi tanpa mengenal jantina. Ia juga boleh terjadi pada semua peringkat umur, walaupun kebiasaannya berlaku buat pertama kalinya pada peringkat umur di antara 15 hingga 25 tahun.
Punca
Punca sebenar psoriasis tidak diketahui, tetapi ia dipercayai mempunyai komponen genetik yang tinggi. Faktor-faktor yang menyebabkan psoriasis menjadi bertambah buruk termasuklah tekanan, pemberhentian pengambilan kortikosteroid, pengambilan alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu.
Tahap jangkitan psoriasis bermula dari tompok-tompok kecil di satu bahagian sehinggalah ke keseluruhan permukaan badan. Psoriasis menyebabkan tompok-tompok bersisik dikenali sebagai plak psoriatik. Ia merupakan bahagian-bahagian keradangan dengan pengeluaran kulit yang berlebihan.
Kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang ini dan lapisan keras ini mengakibatkan sel-sel mati berwarna perak. Ia sering didapati di kulit di bahagian siku dan lutut, tetapi juga boleh dijangkiti di mana-mana bahagian badan termasuklah kulit kepala dan kemaluan. Luka radang boleh mengakibatkan kepedihan, kegatalan dan kelihatan hodoh. Malah, psoriasis menyerang fizikal dan emosi pesakit.
Pada masa sama, kajian melaporkan psoriasis juga memberi kesan terhadap kualiti kehidupan berasaskan kesihatan, terutamanya kepada 10 sehingga 30 peratus pesakit, yang juga mungkin mengalami artritis psoriatik.
Ia juga mengakibatkan kesan buruk terhadap penyakit-penyakit kronik lain seperti kemurungan, bengkak jantung (myocardium infarction), hipertensi, kegagalan jantung kongestif atau kencing manis jenis 2. Pesakit yang menghidapi psoriasis yang teruk juga menunjukkan jangka hayat yang lebih pendek.
DIPUSAT RAWATAN AL JANNAH, MKAMI MENYEDIAKAN RAWATAN BEKAM KHAS UNTUK PESAKIT PSORASIS..
MENURUT PESAKIT INI, BELIAU PERNAH MENERIMA SUNTIKAN STEROID DI SALAH SEBUAH KLINIK MENYEBABKAN PSORASIS BERTAMBAH TERUK..
BEKAM MENUNJUKKAN, DARAH KELUAR TERUTAMA PADA BAHAGIAN PSORASIS..
BAGI PESAKIT PSORASIS, RAWATAN BEKAM AMAT SESUAI.. "SESUNGGUHNYA PADA BEKAM ITU MENGANDUNGI PENYEMBUHAN"
No comments:
Post a Comment