Thursday, 21 March 2013

BEKAM UNTUK PENGIDAP KENCING MANIS ATAU DIABETES MELITUS



Sebelum saya menerangkan kenapa berbekam adalah rawatan yang sesuai untuk pengidap kencing manis, mari kita kenali penyakit ini.. 

APA ITU KENCING MANIS???

Penyakit kencing manis ataupun (DM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah)

Terdapat  2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.
Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau kanak-kanak.

Kencing Manis Jenis 2 disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Ia adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa dan biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi. 

Kencing manisjuga punya sejarah.. dan sejarahnya 

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.
Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah



APA ITU INSULIN

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan di kelenjar pankreas yang bertindak pengawalan keseimbangan tahap glukosa dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan.

APA GUNANYA INSULIN DALAM BADAN 

Selepas makan, saluran pencernaan akan menukarkan makanan yang berasaskan karbohidrat kepada gula ringkas ia itu glukos. Glukos akan masuk ke dalam saluran darah dan merangsang penghasilan insulin melalui pankreas. Insulin kemudiannya memastikan glukos masuk ke dalam sel-sel dan ditukarkan menjadi tenaga. Glukos yang berlebihan akan disimpan di bahagian hati.


Di dalam penyakit kencing manis, sel-sel tidak dapat menggunakan glukos dengan sempurna. Disebabkan itu, kandungan glukos dalam darah semakin meningkat. Dalam keadaan ini insulin akan dihasilkan kerana mengenal pastik kandungan gula yang tinggi. Walaupun banyak insulin dihasilkan, tetapi otot, hati dan lemak tidak dapat memberikan respon secara efektif. Keadaan insulin tersebut digelar rintangan insulin (insulin resistance).

Lama-kelamaaan penghasilan insulin akan menjadi semakin berkurangan apabila keadaan kencing manis tidak dapat dikawal dengan sebaiknya.


ANTARA TANDA-TANDA AWAL KENCING MANIS



Sebelum diterang dengan lebih lanjut tanda-tanda kencing manis, info yang perlu difahami adalah

DARAH YANG PEKAT DAN GELAP.

Kandungan gula dan toksin yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. 

SENTIASA DAHAGA

 Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.
Osmosis adalah perpindahan air melalui membran permeabel selektif dari bagian yang lebih encer ke bagian yang lebih pekat. Membran semipermeabel harus dapat ditembus oleh pelarut, tapi tidak oleh zat terlarut, yang mengakibatkan gradien tekanan sepanjang membran.

 KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Kekerapan kencing bertambah apabila terdapat terlalu banyak glukosa di dalam darah. Jika insulin tidak wujud atau tidak berkesan, buah pinggang terpaksa menyingkirkan gula lebihan ini melalui air kencing yang banyak. Ini akan menjadikan pundi kencing anda kerap penuh dan anda terpaksa ke bilik air untuk membuangkan takungan air kencing.

PENGLIHATAN SEMAKIN KABUR



Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan penglihatan semakin kabur

BADAN TERASA LETIH DAN MENGANTUK




Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu.

 BERAT BADAN MEROSOT/MENURUN
 


bagi pengidap diabetes, walaupun ia makan makanan secara berlebihan tubuhnya tidak menjadi gemuk, sebaliknya semakin kurus .hal ini kerana otot tidak mendapatkan cukup tenaga untuk tumbuh disebabkan oleh makanan yang dimakan tidak dapat diserap oleh badan.

KEBAS, GATAL-GATAL DAN PERMUKAAN KULIT BERTOMPOK DAN BERBINTIK

Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok. 

KULIT TERUTAMA BAHAGIAN KAKI MULA MATI DAN MENJADI HITAM DAN GELAP
 





Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.


GANGRENE BERNANAH MULA MUNCUL DI HUJUNG JARI KAKI

 

Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan ini amat sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Hal ini kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit menyebabkan bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat. Jangkitan ini akan terus merebak kebahagian kaki,betis, paha.. di peringkat ini, doktor  menyarankan potong bahagian yang telah dijangkiti.

MASALAH BUAH PINGGANG
Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang dimakan oleh pesakit.


KEROSAKKAN ARTERI


Dua daripada tiga pesakit kencing manis mati disebabkan sakit jantung. Ia juga meningkatkan risiko untuk anda mendapat strok. Pesakit kencing manis lebih cenderung menyebabkan munculnya plak di dalam arteri dan mengurangkan pengaliran darah dan menyebabkannya tersumbat. Arteri akan menjadi semakin keras dan berlakulah penyakit jantung dan juga penyakit strok.


SEKARANG, TANDA-TANDA PENYAKIT SUDAH JELAS... SEKARANG SAYA TERANGKAN KAEDAH RAWATAN... YAKNI BERBEKAM
 

Punca penyakit kencing manis adalah berpunca dari kegagalan pankreas menghasilkan insulin,titik bekam dalam rawatan ini adalah di bahagian perut dan belakang badan pesakit dimana titik tersebut adalah titik organ pankreas. Namun begitu, bekam seluruh badan digalakkan berdasarkan fakta darah pengidap kencing manis “Darah Yang Pekat dan Gelap”(seperti diatas). Kaedah bekam akan menyingkirkan darah kotor yang mengandungi gula dan toksin yang terperangkap dalam saluran darah. Dan pesakit dinasihatkan untuk mengamalkan diet yang seimbang, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

JOM BERBEKAM!


 




No comments:

Post a Comment