Selepas 3 bulan, sel darah
merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea,
toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di
lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan
sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang
diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal
dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama
yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu
pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati
tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai
penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan
terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan,
murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas,
dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah
tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik
seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita
sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah
agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...
Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
SEL DARAH MERAH YANG ROSAK MENGGANGGU KELANCARAN PENGALIRAN DARAH |
No comments:
Post a Comment