Tidak dinafikan ada sesetengah pihak menidakkan rawatan sunnah
Rasulullah SAW ini. Hal ini kerana
kekurangan kesedaran tentang kelebihannya. Antara kekeliruan/persoalan mereka
adalah:
·
Anggapan
bahawa bekam tidak berkesan: Rawatan bekam diakui secara saintifik dapat
melancarkan perjalanan darah seterusnya mencegah penyakit.
·
Rawatan
bekam ini adalah sunnah Rasulullah SAW. Antara hadith:
“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah
berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih
Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)
“Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad).
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Sahihul
Jaami’ (no. 2128) dan Silsilah
al-Hadiith ash-Sahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)
tiada yang
perlu dipertikaikan lagi, apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah yang
terbaik.
·
Khuatir terhadap
status perawat bekam: perawat bekam di Al Jannah Pusat Rawatan Dan Spa
mendapat pendidikan, latihan serta pengalaman lebih 8 tahun.
·
Bersihkah
Peralatan? : alat bekam, dibersihkan seterusnya diseterilkan, manakala
jarum lancet adalah pakai buang, perawat juga memakai sarung tangan (gloves).
Menggunakan tisu muka, bukan tisu tandas.
·
Bahaya Kerana
Torehan/ Tusukan Jarum: tidak perlu dikhuatiri kerana tusukan jarum
dan torehan tidak terlalu dalam ( kedalaman adalah 3-5mm) tidak terkena pada
saluran darah, selesai bekam, darah telah pun berhenti mengalir dan sapuan
minyak zaitun sebagai antiseptik, tidak pedih ketika mandi.
·
Diabetis Boleh
Bekam? : pengidap diabetes tidak perlu risau luka melarat kerana
selesai bekam, darah sudah behenti mengalir dan kesan tusukan jarum sudah pun
tertutup. Malah pengidap diabetes amat sesuai berbekam untuk memulihkan
penghasilan insulin serta mengeluarkan darah yang mengandungi gula.
·
Kurus Takut
Bekam: orang yang BMI (18.5 dan kebawah) boleh bekam, perawat bekam
akan memberi penerangan, serta bekam mengikut keadaan pesakit
·
Pengidap Darah tinggi: amat sesuai berbekam
·
BIMBANG
KEHILANGAN BANYAK DARAH: sebenarnya, bekam hanya mengeluarkan darah
yang kotor sahaja. Tidak melibatkan darah yg bersih beroksigen dan mengandungi
nutrien. Jika diamati, ada sesetengah orang, keluar darah yang sedikit sahaja.
Tidak seperti mereka yang mempunyai penyakit.
·
Kanak-Kanak
Dan Orang Tua Boleh Bekam?: bagi kanak-kanak, bekam mengikut
penyakit, dan berdasarkan tahap kesihatan. Bekam pada titik terpilih sahaja,
begitu juga dengan orang tua. Sebelum rawatan diangnosis penyakit, pemeriksaan
kesihatan, sejarah pesakit semua diambil kira. Tidak dibekam sebarangan.
·
TAKUT KETAGIH
BEKAM: anggapan bahawa ketagih amat salah, setiap pesakit dapat
merasakan kelainan dalam diri yakni terasa lebih sihat dan segar, sakit yang
dialami turut hilang. Sebagai contoh sakit kepala, angin dalam badan, bisul dan
sebagainya. Apabila penyakit datang menyerang semula akibat pemakanan dan gaya
hidup, sudah pasti pesakit akan memilih untuk berbekam dek kesannya yg hebat
tadi. Tiada istilah ketagih tetapi bekam berdasarkan keperluan badan.
No comments:
Post a Comment