Sebelum
saya menerangkan kenapa berbekam adalah rawatan yang sesuai untuk pengidap
kencing manis, mari kita kenali penyakit ini..
APA ITU KENCING MANIS???
Penyakit
kencing manis
ataupun (DM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan
sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi
kandungan glukosa dalam darah)
Terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2.
Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma
terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.
Kencing
Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana
seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan
insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1
biasanya boleh dikesan pada bayi atau kanak-kanak.
Kencing Manis Jenis 2 disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Ia adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa dan biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.
Kencing manisjuga punya sejarah.. dan sejarahnya
Penyakit kencing manis telah diketahui
semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis,
seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua
jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.
Nama lain kencing manis, diabetes yang
bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari
Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya
ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes
Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu
penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat
dewasa di Malaysia mengidap penyakit
ini.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan
pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah
dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar
pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila
dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar
pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing,
menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah
lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui
pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos
dalam darah.
APA ITU INSULIN
Insulin adalah sejenis hormon yang
dihasilkan di kelenjar pankreas yang bertindak pengawalan keseimbangan
tahap glukosa
dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan.
APA GUNANYA INSULIN DALAM BADAN
Selepas makan, saluran
pencernaan akan menukarkan makanan yang berasaskan karbohidrat kepada gula
ringkas ia itu glukos. Glukos akan masuk ke dalam saluran darah dan merangsang
penghasilan insulin melalui pankreas. Insulin kemudiannya memastikan glukos
masuk ke dalam sel-sel dan ditukarkan menjadi tenaga. Glukos yang berlebihan
akan disimpan di bahagian hati.
Di dalam penyakit kencing manis,
sel-sel tidak dapat menggunakan glukos dengan sempurna. Disebabkan itu,
kandungan glukos dalam darah semakin meningkat. Dalam keadaan ini insulin akan
dihasilkan kerana mengenal pastik kandungan gula yang tinggi. Walaupun banyak
insulin dihasilkan, tetapi otot, hati dan lemak tidak dapat memberikan respon
secara efektif. Keadaan insulin tersebut digelar rintangan insulin (insulin
resistance).
Lama-kelamaaan penghasilan
insulin akan menjadi semakin berkurangan apabila keadaan kencing manis tidak
dapat dikawal dengan sebaiknya.
ANTARA TANDA-TANDA AWAL KENCING MANIS
Sebelum diterang dengan
lebih lanjut tanda-tanda kencing manis, info yang perlu difahami adalah
DARAH YANG PEKAT DAN GELAP.
Kandungan gula dan toksin yang semakin meningkat
di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi
gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.
SENTIASA DAHAGA
Kepekatan
gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis
darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang
menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk
meminta bekalan air.
Osmosis
adalah perpindahan air
melalui membran
permeabel selektif dari bagian yang lebih encer ke bagian yang lebih pekat.
Membran semipermeabel harus dapat ditembus oleh pelarut, tapi tidak oleh zat
terlarut, yang mengakibatkan gradien tekanan sepanjang membran.
KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Kekerapan
kencing bertambah apabila terdapat terlalu banyak glukosa di dalam darah.
Jika insulin tidak wujud atau tidak berkesan, buah pinggang terpaksa
menyingkirkan gula lebihan ini melalui air kencing yang banyak. Ini akan
menjadikan pundi kencing anda kerap penuh dan anda terpaksa ke bilik air untuk
membuangkan takungan air kencing.
PENGLIHATAN SEMAKIN KABUR
Kapilari yang
terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang
pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan penglihatan semakin
kabur
BADAN TERASA LETIH DAN MENGANTUK
Darah yang telah
menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan
nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan
oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur
anda turut terganggu.
BERAT BADAN MEROSOT/MENURUN
bagi pengidap diabetes, walaupun ia makan makanan secara berlebihan tubuhnya tidak menjadi
gemuk, sebaliknya semakin kurus .hal ini kerana otot tidak mendapatkan cukup
tenaga untuk tumbuh disebabkan oleh makanan yang dimakan tidak dapat diserap oleh badan.
KEBAS, GATAL-GATAL DAN PERMUKAAN KULIT BERTOMPOK DAN BERBINTIK
Ini merupakan
tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber
tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat
masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan
menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan
yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.
KULIT TERUTAMA BAHAGIAN KAKI MULA MATI DAN MENJADI HITAM DAN GELAP
Pengerasan darah pada
tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit.
Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.
GANGRENE BERNANAH MULA MUNCUL DI HUJUNG
JARI KAKI
Jari-jari kaki merupakan bahagian
yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun
kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan
oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan
ini amat sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Hal ini kerana sel darah putih yang
bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit
menyebabkan bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat. Jangkitan ini
akan terus merebak kebahagian kaki,betis, paha.. di peringkat ini, doktor menyarankan potong bahagian yang telah
dijangkiti.
MASALAH BUAH PINGGANG
Buah pinggang
menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia
perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras
untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang
dimakan oleh pesakit.
KEROSAKKAN ARTERI
Dua daripada
tiga pesakit kencing manis mati disebabkan sakit jantung. Ia juga meningkatkan
risiko untuk anda mendapat strok. Pesakit kencing manis lebih cenderung
menyebabkan munculnya plak di dalam arteri dan mengurangkan pengaliran darah
dan menyebabkannya tersumbat. Arteri akan menjadi semakin keras dan berlakulah
penyakit jantung dan juga penyakit strok.
SEKARANG, TANDA-TANDA PENYAKIT SUDAH JELAS... SEKARANG SAYA TERANGKAN
KAEDAH RAWATAN... YAKNI BERBEKAM