Monday, 21 October 2024

PENGAMAL LULUS PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI PT&K

 Tabib Fahmy mula memasuki bidang rawatan tradisional Melayu dan cina pada tahun 2006. Rawatan ini hanya dilakukan di rumah dan bergerak ke rumah pelanggan. Kemudian diperluaskan dengan membina sebuah pusat rawatan bersebelahan dengan rumah. pada ketika ini, pengetahuan masyarakat tentang rawatan bekam dan akupunktur tidaklah meluas sebagaimana rawatan urut badan.

Setelah itu, pada 2011, An Jannah Pusat Rawatan Dan Spa atau  lebih dikenali sebagai BEKAM JANNAH KELANTAN ditubuhkan oleh Tabibah Zarina atau lebih dikenali dengan panggilan Kakna. 

kami mula berpindah ke permis di Wisma Puteri Saadong pada Mei 2012.

Operasinya berjalan seperti biasa dengan bilangan pelanggan juga meningkat. 

Kami sentiasa mendapat persoalan "lulus KKM ke?"

Kami mula mengahdiri Taklimat akta 775 perubatan tradisional dan komplimentari pada 2014. Disini kami diberi maklumat bahawa setiap pengamal wajib berdaftar dengan unit perubatan tradisional dan komplimentari (PT&K) atau (TCM)

Apabila borang permohonan pengamal dibuka oleh PT&K, kami mula mengisi borang permohonan tersebut. Yuran RM100.00 dikenakan bagi permohonan pendaftaran pengamal.  Surat balas daripada PT&K mengarahkan kami untuk hadir ke Kursus Pembangunan Kapasiti. saya mula mencari maklumat mengenai kursus tersebut.

Dalam masa yang sama, saya mengambil sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 Urut Terapi dan Sijil Kemahiran tahap 3 Terapi Bekam Angin. 

Surat dihantar selepas sijil SKM kami dapat dicetak daripada sistem myspike.

Pada bulan Feb 2024, saya dan Tabib Fahmy menerima kelulusan pendaftaran dan perlu membayar RM50.00  untuk yuran pengamal.

Sementara menunggu keputusan dari PT&K, saya mengikuti kursus pembangunan kapasiti. dengan menghadiri kursus ini, saya bakal lulus sebagai pengamal perubatan Melayu dalam semua sub bidang. iaitu Bekam Melayu, Urut Melayu, herba Melayu serta penjagaan postnatal.

Pada Oktober 2024 saya dan tabib fahmy lulus pengamal perubatan tradisional melayu, bekam melayu dan urut melayu.





semoga dengan kelulusan ini mendorong kami untuk menyediakan perkhidmatan rawatan terbaik kepada semua. Insha Allah.

tabib fahmy 014-8303399
tabibah zarina 012-3803061

Sunday, 4 August 2024

BEKAM GASTRIK, MEDU, KEMBONG PERUT DAN SAKIT PERUT

 sistem percernaan manusia adalah salah satu sistem yang sangat penting kepada tubuh badan manusia dalam mencerna makanan, menyerap nutrisi dan membekalkan tenaga kepada badan.


sistem ini kadang kala terganggu disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat seperti, suka minum minuman yang tinggi kafein, suka makanan yang pedas dan masam, tidak mendapat tidur yang cukup dan selalu stress.








untuk kesan yang lebih baik, pada bahagian perut perlu dilakukan bekam darah.

bekam pada bahagian perut dapat membantu menyingkirkan angin yang teperangkap pada bahagian perut, melegakan usus seterusnya membantu mengatasi sembelit.

selain itu, pesakit gastrik dinasihatkan untuk mengamalkan diet sihat, kurangkan minuman kafein seperti nescafe dan mengurangkan makan makanan yang pedas dan masam.


untuk RAWATAN BEKAM GASTRIK. boleh hubungi tabib fahmy 014-8303399 dan tabibah na 012-3803061.


BEKAM GASTRIK

BEKAM MEDU

BEKAM SAKIT PERUT

BEKAM KEMBONG PERUT

BEKAM PEDIH ULU HATI

BEKAM SEMBELIT

BEKAM CIRIT-BIRIT